Kerjaya Kodi Rasheed

Kodi memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Ophilia arahan Raja Mukhriz, ia turut dibintangi oleh Que Haidar dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2014.

Selepas itu, beliau membintangi filem Coverina yang ditayangkan pada 19 Februari 2015. Filem arahan Khalid Nadzri itu turut dibintangi oleh Pekin dan Siti Elizad.

Pada tahun 2016, beliau membintangi bersama Johan As'ari, Ezzaty Abdullah dan Zulkifli Ismail dalam episod drama Kifarah Mistik "Haruman Setanggi" yang disiarkan di Slot Zehra TV3, sekaligus ia menjadi drama pertama lakonannya.